LANGKAWI - 3 Jun: SKOP Langkawi 2003 mencatat sejarah apabila Tan Ruey Jiuan, 15 tahun muncul sebagai pemain badminton termuda yang menjuarai acara beregu wanita. Beliau merupakan pemain Pulau Pinang dan juga pelajar tingkatan dua di Sek Men Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang.
Tan Ruey Jiuan dan pasangannya, Atrika Suraya Ayub menewaskan Normala Fahsya Najjamuddin dan Hanisah dari Selangor dengan keputusan 15-8 dan 15-7 dalam perlawanan akhir di Stadium Badminton, Kompleks Sukan Langkawi semalam.
Ketika ditemuramah oleh E-Pekak, Tan Ruey Jiuan berkata, pada mulanya beliau tidak mengetahui kewujudan SKOP sehingga kawan-kawannya menceritakan pengalaman mereka menyertai SKOP. Ini mendorongnya menyertai pasukan Pulau Pinang hanya sebulan sebelum SKOP Langkawi bermula.
"Kejayaan mengutip pingat emas amat bererti bagi diri saya dan komuniti warga Pekak Pulau Pinang dan saya akan berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita menjadi seorang pemain yang berjaya dan juga digeruni pada satu hari kelak," kata Tan yang juga meminati ping pong.
RJ was successful in badminton player.She got a gold medal!!
Dalam acara perseorangan wanita, Atrika Suraya menggondol pingat perak selepas tewas secara mengejut kepada pemain Selangor, Normala Fahsya dengan keputusan 2-11 dan 2-11.
Walau bagaimanapun, Atrika Suraya dan pasangan pendatang baru, Tan Ruey Jiuan kembali berbisa apabila mereka memenangi pingat emas dalam acara beregu wanita selepas mengalahkan pemain Selangor, Normala Fahsya bt Najjamuddin dan Hanisah dengan keputusan 15-8 dan 15-7.
Pemenang acara beregu wanita (Dari kiri: Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan) bergambar kenangan.
0 comments:
Post a Comment