Thiru's birthday party

My old classmate, FSD friends and i went to pizza hut at Gurney Drive.We went there for Thiru's 21st birthday on yesterday. My friend suggested to make a surprise for Thiru's birthday party.











Deaf Blogger in Malaysia


I surprised about deaf blogger in Malaysia 's article from Selina's blog and Amir's website too.. I don't know about this news/article a few ago. After i read this, i was proud of deaf community.God created "deaf".Thx God! Yeah! Deaf Boleh! ^^ Deaf People have the ability to do in website such as blogger. Deaf Boleh! :)

What i found?!!That I found I especially young deaf blogger in Malaysia! Laugh! I don't think that I'm young deaf blogger la.Actually i like the web design. I knew who blogger are Firdaus,Selina,Amir(Writer), Sazali( President MFD),Irvine,Lim Anuar(best Artist).......

Alright,see the below what Amir wrote in article




Wajah-wajah penulis blog Pekak. Atas (dari kiri) - Marzuki Ong, Md Sazali, Aqlam, Md Firdaus, Lim Anuar. Bawah (dari kiri) - Selina Ooi, Irvine, Peter Tian, Ruey Jiuan, Amir Hamidi (penulis blog ini).


Blog merupakan salah satu media komunikasi berkonsepkan jurnal harian yang popular dalam masyarakat Internet pada era teknologi maklumat ini. Di Malaysia bilangan penulis blog (blogger) semakin bertambah pada sabah bulan dan mewujudkan trend baru yang mencorakkan dimensi pemikiran masyarakat sejajar dengan ledakan maklumat yang didorong oleh globalisasi.

Sebagai contoh dalam politik Malaysia, kehadiran ramai penulis blog politik yang lebih memihak kepada parti pembangkang telah mempengaruhi pemikiran dan mentaliti rakyat terhadap pemerintah negara. Akibatnya kerajaan pemerintah kehilangan kelima-lima negeri yang jatuh kepada pembangkang dengan bantuan media blog. Kini blog diterima sebagai kuasa media komunikasi yang berpotensi membawa perubahan ke atas pemikiran seseorang seperti yang dilakukan oleh media televisyen dan media surat khabar.

Istilah blog berasal daripada web log. Dalam kamus komputer, web log ialah laporan dalam bentuk fail log mengenai perjalanan pelayan web. Hal ini menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang umum dan membawa kepada kesingkatan istilahnya yang disebut sebagai blog bagi memperkukuh perbezaan antara fail log web dan jurnal dalam talian.

Terdapat pelbagai versi dan sumber yang berbeza dalam mentafsirkan blog. Walau bagaimanapun, penulis boleh merumuskan bahawa hampir semua tafsiran tersebut mempunyai keserupaan tujuan yang asas, iaitu untuk menghasilkan jurnal peribadi yang mengandungi buah fikiran dan catatan mengenai perjalanan dan pengalaman individu atau sesebuah kumpulan yang dijadikan sebagai bahan bacaan umum yang berasaskan web secara dalam talian.

Sejarah perkembangan blog Pekak di Malaysia

Pada pengamatan penulis, proses perkembangan blog di kalangan warga Pekak di Malaysia agak perlahan. Hingga tulisan ini ditulis pada masa ini, penulis blog Pekak di negara ini boleh dihitung dengan jari. Hal ini demikian kerana penulisan blog memerlukan kemahiran penguasaan bahasa yang baik. Secara umum kebanyakan warga Pekak masih menghadapi masalah penguasaan Bahasa Malaysia yang tidak mencapai tahap yang baik.

Sekiranya dibandingkan dengan blog, forum dianggap paling popular dalam komuniti Pekak di negara ini pada tahun 2000 hingga 2005. Kepopularan forum itu disebabkan oleh keaktifan persatuan warga Pekak dalam kempen kesedaran teknologi maklumat yang menggalakkan mereka menyertai forum dan berkongsi pelbagai masalah berhubungan dengan kehidupan warga Pekak.

Forum D-Forum Bravenet dan Forum E-Pekak merupakan contoh forum yang mula-mula diusahakan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD). Selepas forum-forum tersebut ditamatkan, lahirnya sebilangan kecil forum yang ditubuhkan oleh kumpulan Pekak. Bagaimanapun forum-forum tersebut tidak dapat menandingi kepopularan Forum E-Pekak yang terkenal dengan perbalahan minda dan perdebatan yang tidak terkawal.

Dalam situasi forum yang menghadapi ketidaktentuan, blog-blog Pekak mula muncul seperti blog KaptenDiam dan Bicara Sazali (E-Pekak). Penulis pernah menggunakan nama pena KaptenDiam dalam blog tersebut yang kemudian dihentikan berikutan penutupan Forum E-Pekak. Hal ini pernah dibincangkan dalam tulisan bertajuk "Forum Pekak - Penyubur keganasan pemikiran Pekak?".

Walau bagaimanapun, penulis boleh mengatakan bahawa sejarah blog Pekak terawal bermula dengan penciptaan laman web peribadi. Laman web peribadi boleh digolongkan sebagai blog peribadi berdasarkan takrifan dan tujuan blog yang telah dihuraikan di atas. Blog terawal tersebut dibangunkan oleh warga Pekak yang mahir dalam perekabentukan laman web dan mempunyai pengetahuan mengenai bahasa HTML.

Contoh blog terawal tersebut ialah laman web Amir Hamidi (penulis) dan Ahmad Syukri yang ditempatkan di Yahoo! GeoCities pada sekitar tahun 2001 dan 2002. Tujuan asal kedua-dua blog tersebut ialah untuk mengisahkan jurnal peribadi mengenai pengalaman dan cabaran yang ditempuhi sepanjang menuntut di universiti tempatan.

Jejak mereka kemudiannya diikuti oleh kemunculan ruang Bicara Sazali dalam laman web E-Pekak (www.epekak.net.my) pada tahun 2002. Ruang ini ditulis oleh Presiden MFD, Mohamad Sazali Shaari dan kandungannya berkisar pada pengalaman beliau dalam melaksanakan pembangunan komuniti Pekak di Malaysia dan menangani pelbagai permasalahan Pekak sepanjang berkhidmat dengan MFD.

Bicara Sazali di tapak web E-Pekak dipercayai sebagai blog Pekak yang pertama di negara ini kerana ia memenuhi salah satu ciri utama blog, iaitu sentiasa dikemaskini dengan informasi baru secara kronologi ataupun dalam urutan tarikh peristiwa tersebut. Penulis ditugaskan memuat naik tulisan tersebut ke pelayan web e-Pekak dari semasa ke semasa sewaktu penulis bekerja dengan projek E-Pekak dahulu.

Perkembangan teknologi perisian sumber terbuka dan kecanggihan sistem pengurusan kandungan yang mempunyai keinteraktifan antaramuka menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan blog yang lebih mesra pengguna. Akhirnya seseorang warga Pekak dapat mencipta blog sendiri tanpa perlu belajar menjadi seorang webmaster terlebih dahulu kerana kemudahan blog yang mudah digunakan telah disediakan oleh kebanyakan penyedia perkhidmatan blog percuma seperti WordPress, LiveJournal dan Blogger.

Pengaruh blog Pekak Malaysia

Pada tinjauan penulis terdapat sepuluh orang penulis Pekak Malaysia yang aktif dalam penulisan blog sepanjang tahun ini dan tahun lepas. Mereka ialah seperti yang berikut.

* Marzuki Ong Maliki Ong (Harapan Warga Pekak Malaysia)

* Aqlam Jafri

* Selina Ooi Shin Ping (Deaf Boleh! Malaysia)

* Irvine (El Diablo Con Alas)

* Peter Tian

* Ruey Jiuan

* Lim Anuar

* Mohamad Firdaus Mat Resid

* Mohamad Sazali Shaari

* Penulis (Amir Hamidi Dalam Talian)

Kebanyakan blog mereka lebih menjurus kepada perbincangan yang merupakan pendapat peribadi mengenai perjalanan mereka di sekeliling komuniti Pekak, teknologi terkini bagi kegunaan warga Pekak, ulasan terhadap penjelajahan destinasi pelancongan, kemahiran kesenian Pekak, kisah kejayaan warga Pekak, kemajuan program persatuan Pekak dan siaran semula artikel berita yang menyentuh nama komuniti Pekak.

Keenam-enam orang daripada jumlah penulis blog tersebut terdiri daripada pemimpin Pekak yang pernah dan sedang berkhidmat dengan persatuan warga Pekak di peringkat negeri dan kebangsaan. Mereka ialah Lim Anuar (Timbalan Presiden KLSD dan Setiausaha Agung MSFD), Aqlam Jafri (Presiden KLSD dan Bendahari MFD), Marzuki Ong Maliki Ong (mantan Setiausaha Agung MSFD), Mohamad Sazali Shaari (Presiden MFD), Mohamad Firdaus (Presiden PADA) dan penulis (Presiden PSD).

Hanya tiga orang penulis blog Pekak sahaja mempunyai nama domain peribadi yang dilanggan atas nama individu, iaitu www.aqlam.my, www.limanuar.com dan www.amir-hamidi.name.my. Perlu diketahui bahawa tiada seseorang warga Pekak di Malaysia menjadi penulis blog sepenuh masa.

Untuk meminimumkan skop perbincangan ini, penulis bercadang membahaskan sejauh mana blog Pekak berpengaruh dalam pembangunan komuniti Pekak. Pengaruh blog Pekak perlu dilihat dari segi salah satu objektif untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan komuniti Pekak. Dalam konteks sedemikian, penulis memilih dua blog Pekak yang dianggap paling berpengaruh selain daripada blog penulis sendiri, iaitu Harapan Warga Pekak Malaysia dan Bicara Sazali.




Blog Harapan Warga Pekak Malaysia kelolaan Marzuki Ong dianggap paling menonjol dalam perbahasan isu Pekak secara kritis. Kekuatan blog tersebut didasarkan kepada jumlah artikel yang banyak menganalisis isu-isu komuniti Pekak. Bagaimanapun kewibawaan tulisan beliau sering dipertikaikan oleh sesetengah warga Pekak kerana beliau merupakan penulis blog Pekak yang kontroversi dan menunjukkan kelantangan dalam mengkritik kepemimpinan Pekak termasuk Presiden MFD.

Dalam blog Bicara Sazali, Presiden MFD membicarakan bagaimana warga Pekak berjuang menegakkan hak-hak berdasarkan perihalan perjalanan beliau sebagai pemimpin Pekak daripada penyertaan Kelab Pekak YMCA sehingga penubuhan SHIMA, KLSD dan MFD. Bagaimanapun ruang Bicara Sazali tidak dapat diakses pada tarikh tulisan ini. Sazali's Blog (Yahoo! 360) merupakan kesinambungan daripada blog Bicara Sazali dan tidak mempunyai artikel baru pada tahun ini.

Kedua-dua blog tersebut dianggap berjasa kepada komuniti warga Pekak kerana kehadiran mereka banyak membantu memperkaya kandungan keMalaysiaan dalam Internet dengan pelbagai catatan mereka mengenai peristiwa perjuangan warga Pekak yang kemudiannya dikenali sebagai fakta sejarah dan sumber rujukan yang berkualiti untuk generasi Pekak pada masa sekarang dan masa yang akan datang. Hal ini memandangkan mereka bersama-sama menghabiskan kira-kira sepuluh tahun untuk berkhidmat dengan komuniti Pekak melalui pelbagai persatuan Pekak yang disertai.

Hala tuju blog Pekak

Penulis percaya bahawa pada masa ini para penulis blog Pekak mempunyai agenda yang berbeza dalam mengendalikan blog masing-masing. Perbezaan ini disebabkan oleh ketiadaan rangkaian (networking) ataupun bentuk kerjasama antara para penulis blog Pekak serta kecenderungan mereka terhadap konsep keindividualan.

Kebanyakan blog Pekak yang disenaraikan di atas dianggap mentah berdasarkan usia penubuhan dan kuantiti kandungan. Walau bagaimanapun kualiti blog mereka pasti akan ditingkatkan ke tahap yang profesional dan berupaya memberikan manfaat kepada komuniti Pekak dan masyarakat umum sekiranya mereka mengamalkan ketekunan dalam menjalankan penyelidikan dan menyerapkan nilai-nilai kewartawanan yang berkualiti dalam penulisan blog Pekak.

Memandangkan peranan blog Pekak yang penting sebagai agen penyebar informasi dan kesedaran mengenai perjuangan hak-hak Pekak, penulis mencadangkan agar satu perjumpaan perlu diadakan untuk menghimpunkan para penulis blog Pekak dari seluruh Malaysia dalam satu diskusi ilmiah yang lebih sesuai disebut sebagai seminar.

Melalui perjumpaan tersebut, diharapkan agar satu kesepakatan dapat dihasilkan mengenai hala tuju blog Pekak yang jelas dan terarah. Ia akan diterima sebagai salah satu asas kepada pembinaan kebudayaan Pekak Malaysia yang terunik dan gemilang.

Amir's website


5 Tips from the Hotmail team to help protect yourself from email scams‏



As a valued Hotmail® user, we strive to protect you from spam messages by blocking over 4.5 billion worldwide per day. We have a highly qualified and dedicated team that constantly strives to reduce and eradicate spam from Hotmail inboxes.

Recently, we have received an increasing number of e-mails from customers asking about the legitimacy of e-mails they have received. We've created this e-mail to help all Hotmail users recognize the scam e-mails that do sneak by our filters.




1) Be wary of e-mails asking for your personal information.

Any e-mail asking for your name, birth date, e-mail username, e-mail password, or any other type of personal information, no matter who the e-mail appears to be from, is almost certainly a scam.

If you have any reason to believe it may be legitimate, do not reply to the e-mail or click any hyperlinks; instead copy and paste the web URL or go to that company's website for contact information. Don't hesitate to contact the company's support channel to confirm legitimacy.


2) Carefully read e-mails that appear suspicious.

E-mails that are poorly worded, have typos, or have phrases such as "this is not a joke" or "forward this message to your friends" are generally scam e-mails. Sometimes company names or brands are misspelled or inaccurate; such as saying Windows Hotmail (instead of Windows Live™ Hotmail).


3) Protect your Hotmail password.

Create a strong password for your Hotmail account by using more than 7 characters and having a combination of upper and lower case characters, numbers, and special characters, like the @ or # symbols. It's also a good idea to change your password on a regular basis. Learn More.

If you receive a notification from Microsoft Customer Support confirming your request to change your password, as I did this past week, and you haven't recently changed your password, that's a signal that someone else may be trying to gain access to your Hotmail account, and you should immediately change your password. To do so, either go to http://account.live.com, or within Hotmail, click Options, then View and Edit your Personal Information. You will be prompted to log in again. Once you do, look for "Password reset information" under your name at the top. Change both your password and your Secret Question/Secret Answer as both may have been compromised.


4) Take action!

If you think someone has accessed your Hotmail account, that the Windows Live ID sign-in page looks fraudulent, or you receive a suspicious e-mail that tries to confirm a password change you didn't authorize, change your password immediately via the instructions above, or go to: http://account.live.com.


5) Help us identify new scams.

If you're using the Full version of Hotmail, you can select the dropdown next to "Junk", then select "Report phishing scam". Whatever you do, do not reply back to the sender.


You can read more about this topic here.

We encourage you to keep this e-mail for future reference on what to do if you do receive a scam e-mail so that you can help keep your inbox more safe and secure.


by Windows Live Hotmail Team

Chikuma Japanese Restaurant at Gembira Parade



Today Peggy,Yvonne and I went to Japanese Restaurant for our lunch.Peggy's friend said to her that the Japanese Foods really nice and delicious. I said, sure , alright we decided to choose that Chikuma Japanese Restaurant after my Operating System's class.Actually ,today my last exam.Goodbye for midterm exam hehe, then Go anywhere for my rest mind. My stress gone. :D

I eaten teriyaki Set, they ate ermm.. i forget what the foods' name. Sorry anyway.But i can show the picture to you all that what they eaten Japanese foods.The foods looks like ermm 2 set of fish with black source but i don't know what types of source lol never mind . i show you now..




Peggy and Yvonne was eating that Japanese Foods. They ate the same food. ^^







Egg with mushroom (stim)


It's Teriyaki Set. Watermelon,Egg with mushroom (stim), Soup that's all








After lunch, we went to Gurney Plaza and see the Korean Cultural & Food Festival. Finally i saw Chief Minister of Penang,YAP Lim Guan Eng just now . ^^ Korean Cutural & Food Festival from 10th to 13 rd October 2008.




Lim Guan Eng sit at center. See properly :D




5 korean women very beautiful and nice the sound of songs.



The korean guys showed their hip hop dance. Guys are handsome o ^^